Monday, February 21, 2011

YANG DICARI

Mencari redha Allah swt. dengan:
  • Beribadah kepada-Nya
  • Meningkatkan ilmu (dunia & akhirat)

Matlamat hidup, itu yang dicari.
Namun pencarian, perjuangan harus diteruskan, untuk mendapatkan kenikmatannya - nikmat iman. Kenikmatan tidak akan datang sekelip mata.Pastinya pelbagai dugaan perlu diatasi dan diharungi dalam tempoh tertentu.

Itulah asam garam rencah kehidupan yang ada jatuh bangun dan pahit manisnya. Kalau tak rasa sakit manakan tahu nikmat sihat. Bila pahit, pasti tahu manis itu nikmat.

TK
Samakongsi
15:13 Feb 23, 11
Puchong


Nota orang sakit: Siapkan skima mid-term dan pantun PPB pagi tadi, terasa nak menulis. Tulis blog dulu, nanti sambung tulis tesis pulak :-p


No comments:

Post a Comment