Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

PESTA PANTUN BESTARI


Mari berpantun!


Kolej Keempat mengungguli
 
Meraikan Pesta Pantun Bestari
Dengan berpantun budaya dibajai
Turun temurun kekal abadi

Ini cuma pembuka bicara
Untuk kita berpantun bersama
Mari sertai, pelbagai acara
Pesta kali ke-empat siap sedia

Samakongsi,
15:26 Feb 23, 11
Puchong


Nota amatur: Sekadar untuk berkongsi bakat terpendam, memenuhi permintaan seorang sahabat.

YANG DICARI

Mencari redha Allah swt. dengan:
  • Beribadah kepada-Nya
  • Meningkatkan ilmu (dunia & akhirat)

Matlamat hidup, itu yang dicari.
Namun pencarian, perjuangan harus diteruskan, untuk mendapatkan kenikmatannya - nikmat iman. Kenikmatan tidak akan datang sekelip mata.Pastinya pelbagai dugaan perlu diatasi dan diharungi dalam tempoh tertentu.

Itulah asam garam rencah kehidupan yang ada jatuh bangun dan pahit manisnya. Kalau tak rasa sakit manakan tahu nikmat sihat. Bila pahit, pasti tahu manis itu nikmat.

TK
Samakongsi
15:13 Feb 23, 11
Puchong


Nota orang sakit: Siapkan skima mid-term dan pantun PPB pagi tadi, terasa nak menulis. Tulis blog dulu, nanti sambung tulis tesis pulak :-p


Thursday, January 20, 2011

BUAIAN KAYU


Kami menyediakan buaian kayu

Kegunaan:
  • Hiasan taman, hiasan lanskap
  • Selesa untuk beristirehat & 
  • bersantai seisi keluarga
  • Untuk semua jenis rumah

Kelebihan:
  • Buatan tangan - klasik
  • Tahan lasak - tahan panas & hujan
  • Tahan lama - kayu berkualiti
  • Sesuai bagi ruang kecil
  • Harga berpatutan - RM500-RM700(tidak termasuk kos penghantaran)
Tempahan
Hubungi: Abang Mad 
abangmad.sk@gmail.com, samakongsi@gmail.com 

Wednesday, January 19, 2011